Wednesday 1 June 2016

Photoshoot di site

ASSALAMUALAIKUM ..

Dah lama tak update blog yang dah penuh dengan sarang labah-labah. haha
sekarang i stay dokat JB .. Yeayyy Huuuu,,

Sejak ada anak ni memang dah jarang atau tak sentuh langsung blog ni.. kalut dengan anak, dengan suben lagi.. au ye.. iolss dah keja.. hehe.. Belajar Medical Lab tapi kerja dekat site.. 

Meh sini kita belanja gambar dekat site.. hehe

Siapa cakap duduk site tak boleh photoshoot..
Boleh aje.. See.. Elevated Water Tank pun jadi untuk photoshoot.. 








Wednesday 10 June 2015

title change 100%

Sekelip mata dah berubah title dari single - married - mother. fuhhh ! hebat sungguh perjalanan hidup.. Bila single, time tido ikot sesuka hati nak tido,malam pun x da siapa nak ganggu. tapi bila dah jadi seorang mama nie, memang batas betol aktiviti malam. tido pun 2 jam tak lena. comfirm semua mommie's kat luar tu tak tido dengan secukup yer!! 

Nasib baik asben ada kat sebelah,kalau tak. mau yer aku mengeluh.. hikhik.. Kejut jer asben, "aby!,ples tolong buatkan susu ayem" itu pun kalau anak tak cukup minum susu dada.. Uwaaa.. si kecik ni betol-betol kuat menyusu. tak cukup dengan dada, kena bagi susu formula. sebulan ntah bape tin susu... Memang Challange betol bila ada anak.. Ahmad Faiz + Nur Izzati = Ahmad Faheem Mukhriz 







Friday 18 July 2014

REZEKI BULAN RAMADHAN

ASSALAMUALIKUM..

Alhamdulillah.. Bertemu kita pada bulan RAMADHAN pada tahun 2014.. 
Tahun nie tak dapat nak puasa penuh bukan di sebabkan oleh SAKIT ORANG PEREMPUAN,
tapi di sebabkan HERO DALAM TUMMY nie.. hehe..
Genap sudah 6 bulan Si Hero nie ada dalam rahim zati..
Insyaallah.. akhir bulan 10, Lahirlah Hero nie..


REZEKI BULAN RAMADHAN

Sebenarnye.. zati tak syak langsung yang zati akn dapat hero.. 
Balik kg hari tu, mak yang tegur.. hero dalam perut tu..
"ye ke ma.. entah.. harap-harap dia sihat jer"
bila p buat monthly check up.. doc scan and bagitau
yang zati dapat baby BOY.. alhamdulillah.. rezeki..
En. Aby pun apa lagi.. BERNAZAR BOTAKKAN KEPALA..






Friday 22 February 2013

Join Segmen



 Assalamualaikum .. 

Baru Ada masa nak update Blog.. Yerla Busy Memanjang .. Hew3 .. 
Selalu Jugak tengok Geng-geng Blogger buat Segmen. Teringin nak join .. tapi di sebabkan terikat dengan masa tak dapat la zati join segmen yang di buat tuh.. Sori la Kekawan semua.. Insyaallah.. nanti zati curi masa sikit2 join segmen korang sume tuh.. 


Harap-harap kali nie zati dapat join segmen korang tuh.. Insyaallah .. 










# Salam sayang dari 

Nurizzatimuhamadisa




Thursday 31 January 2013

Tabahlah Duhai Hati




...Biarkan mata ini penat menangis..
..Biarkan diri ini diam membisu..
...Tidak perlu seorang pun tahu..
...jangan pernah tanya kemana aku..


.....Biar dugaan-dugaan ini....
....menikan-nikam jiwa ini....
......biar berparut sana sini.....
.......agar dapat ku dekati....
........Pemberi dugaan ini.....

...Sudah..
..biarkan aku bersama Tuhanku...
..Biarkan aku meluah hampa kepadaNya..
..Dia saja yang memahami segala tangisan aku..
..Segala tangisan jiwaku..

...Jangan pernah bertanya padaku...
...jangan pernah ganggu aku..
..aku benci kepalsuan...
..aku benci kepura-puraan..
..moga diriku murah dgn kemaafan...
..dan dilimpahi dengan rahmat Tuhan..
..untuk kembali mengumpul kekuatan..
di sepanjang perjalanan..
..menempuhi kehidupan..


Tuesday 22 January 2013

Kebaikan dan Keburukan Kahwin MUDA



ASSALAMUALAIKUM


   Salam hari Rabu semua.wah izzati walaupun busy tetap nak update.Bukan ape esk dah cuti.Cuti HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.Idola kita kesemua.

Kat sini zati nk cakap pasal kawin dalam usia muda.wah zati kelas kau jah.Bukan ape.memang niat zati nak tamatkan zaman bujang zati nie.yer lah nak bina keluarga dalam usia muda.Bukan nak cakap gatai mahupun ape.cuma kita nak mengahalalkan sesuatu hubungan.Betul tak???

Kawin nie kan satu fitrah bagi manusia.betul tak.Lagipun salah satu sunnah nabi Muhammad S.A.W,bila kita berkahwin dah tentu kita ikot salah satu sunnah dari beliau.

Dekat sini zati senaraikan KEBAIKAN dan KEBURUKKAN kawin muda..


Antara kebaikan KAHWIN MUDA :-


  • Meramaikan manusia diatas muka Bumi nie
  • Menjauhkan diri dari Zina
  • Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
  • Membantu memberi ketenangan hidup
  • Ibadah yang berganda pahalanya dan Lebih Kusyu'

Antara Keburukkan kahwin muda :-

  • Rumah tangga Cepat Bergoyang
  • Ekonomi Tidak stabil
  • Masih merasa diri tu masih BUJANG

Mungkin ada sesetengah pendapat yang berlainan..kalau ada meh ler sharing dengan zati yer..Berkongsi pendapat kan lagi bagus dari kita share sensorang.. betul tak?? Hehe 











Thursday 17 January 2013

Sekiranya Aku Jatuh Cinta..

Assalamualaikum 


Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cintakepada Allah dalam hati manusia,  dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.




Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.  Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.  Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima..”
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.
Jom, sama-sama mengejar cinta ilahi. Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2. Teruslah berusaha, kerah tenaga, berdoa dan bertawakal. Moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi.
Ya Allah dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan Cinta-Mu. AMIN.. :)