Thursday 31 January 2013

Tabahlah Duhai Hati




...Biarkan mata ini penat menangis..
..Biarkan diri ini diam membisu..
...Tidak perlu seorang pun tahu..
...jangan pernah tanya kemana aku..


.....Biar dugaan-dugaan ini....
....menikan-nikam jiwa ini....
......biar berparut sana sini.....
.......agar dapat ku dekati....
........Pemberi dugaan ini.....

...Sudah..
..biarkan aku bersama Tuhanku...
..Biarkan aku meluah hampa kepadaNya..
..Dia saja yang memahami segala tangisan aku..
..Segala tangisan jiwaku..

...Jangan pernah bertanya padaku...
...jangan pernah ganggu aku..
..aku benci kepalsuan...
..aku benci kepura-puraan..
..moga diriku murah dgn kemaafan...
..dan dilimpahi dengan rahmat Tuhan..
..untuk kembali mengumpul kekuatan..
di sepanjang perjalanan..
..menempuhi kehidupan..


Tuesday 22 January 2013

Kebaikan dan Keburukan Kahwin MUDA



ASSALAMUALAIKUM


   Salam hari Rabu semua.wah izzati walaupun busy tetap nak update.Bukan ape esk dah cuti.Cuti HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.Idola kita kesemua.

Kat sini zati nk cakap pasal kawin dalam usia muda.wah zati kelas kau jah.Bukan ape.memang niat zati nak tamatkan zaman bujang zati nie.yer lah nak bina keluarga dalam usia muda.Bukan nak cakap gatai mahupun ape.cuma kita nak mengahalalkan sesuatu hubungan.Betul tak???

Kawin nie kan satu fitrah bagi manusia.betul tak.Lagipun salah satu sunnah nabi Muhammad S.A.W,bila kita berkahwin dah tentu kita ikot salah satu sunnah dari beliau.

Dekat sini zati senaraikan KEBAIKAN dan KEBURUKKAN kawin muda..


Antara kebaikan KAHWIN MUDA :-


  • Meramaikan manusia diatas muka Bumi nie
  • Menjauhkan diri dari Zina
  • Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
  • Membantu memberi ketenangan hidup
  • Ibadah yang berganda pahalanya dan Lebih Kusyu'

Antara Keburukkan kahwin muda :-

  • Rumah tangga Cepat Bergoyang
  • Ekonomi Tidak stabil
  • Masih merasa diri tu masih BUJANG

Mungkin ada sesetengah pendapat yang berlainan..kalau ada meh ler sharing dengan zati yer..Berkongsi pendapat kan lagi bagus dari kita share sensorang.. betul tak?? Hehe 











Thursday 17 January 2013

Sekiranya Aku Jatuh Cinta..

Assalamualaikum 


Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cintakepada Allah dalam hati manusia,  dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.




Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.  Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.  Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima..”
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.
Jom, sama-sama mengejar cinta ilahi. Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2. Teruslah berusaha, kerah tenaga, berdoa dan bertawakal. Moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi.
Ya Allah dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan Cinta-Mu. AMIN.. :)



Salahkah Bercinta Dalam Islam?

' Apakah kedudukan cinta dalam islam? Adakah islam Memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fittrah? BOLEHKAH KITA BERCINTA ?


Assalamualaikum..


Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :



1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta.
Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. 
Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya.
Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Anbiya’
Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran.
Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa bergelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.



Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’.
Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. 
Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya.
Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya.
Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduanya adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis.

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam.Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. 

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongan Muhajirin. 

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam?
Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.




#Untuk diri sendiri#














Khasiat SABUN SUSU BERAS

ASSALAMUALAIKUM

Zati nak share satu KEBAIKAN produk kecantikkan nie.. zati bukan sesaje nak share yer.. Tapi dengan Bukti Kejayaan dengan mengubah Kulit muka zati menjadi gebu lagi cantik.. # adesh riak la pulak #

Pernah dengar tak SABUN SUSU BERAS?? hah ! Bagi yang tak pernah dengar tuh, meh nak terangkan..
SABUN SUSU BERAS nie sebenaryer asal dari negara sebelah kite nie THAILAND .. #sawadikapp# WuiiyooO... Dihasilkan dari 100% bahan semulajadi auw.. Bebas dari bahan kimia.. sebab selama nie zati cuci muka guna BUAH TOMATO auw.. mesti korang tak percayakan..



FUNGSI SABUN SUSU BERAS :-

Menggebu dan mencerahkan kulit membantu menghilangkan bintik-bintik hitam,menghaluskan kulit,memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan yang berterusan,melembabkan kulit seterusnya menaikkan seri wajah.

KANDUNGAN @ BAHAN:-

Rice Milk Extract, Vitamin B3, Vitamin E, Olive oil, Palm Oil , Natural Glycerin

KHASIAT:-

Membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang.Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati.Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.Menanggalkan kesan solekan dengan efektif.JIka digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah.Memberi kesan kesegaran sepanjang hari.Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau slps berpeluhBoleh menghilangkan bau badan.

Cara-cara menggunakannya:-

Gunakan sebagai pencuci muka dan badan setiap hari.Urut dan gosok secara perlahan di bahagian muka dan badan selama 2-3 minit Ini bertujuan supaya vitamin dan mineral dapat meresap di dalam kulit.






Thursday 3 January 2013

New Blogger

Assalamualaikum..


Nie Blog aku yang ntah keberapa..Sebab yer.. Blog aku yang lama dah BURN... hahaha...
Terpaksa la kena cari followers yang baru.. tettt!